Sunday, January 5, 2014

Batik Seni Halus





Tidak seperti cat minyak dimana pelukis boleh menindih warna beberapa kali. Batik cuma ada satu peluang sahaja untuk melilin dan mewarna diatas kain. Apabila lilin panas menyerap ke atas kain, lilin itu akan kekal buat sementara dan tidak boleh diubah lagi. Jika silap dalam melilin, ubah jerlah karya tu sampai jadi (kalau nak senang pasang kain baru). Pengalaman mendorong kita untuk anjakan paradigma. Setiap karya itu mesti ada kesilapanya tapi kita saja yang tahu kebenaranya. Tiada siapa boleh menghalang kita dari berkarya. Hingga kehari ini kesilapan masih berlaku, sebabkan lilin setitik hilang karya sebidang. Harapan saya agar kesilapan atau titikan lilin itu menyebelahi saya.
Lilin ialah bahan utama dalam pembuatan batik. Kesan lilin ialah Retak (crackle) memang cantik efeknya kalau dikawal. Susahnya apabila melukis potret silap-silap boleh berubah menjadi orang tua. Jauh bezanya dalam pembuatan kain pakaian batik. Bancuhan lilin dan damar pun perlu diambil kira. Untuk retak seribu,untuk retak seratus,untuk retak satu. Suhu sekeliling lebih kurang 23c keatas, suhu lilin 110-120c. Hendak mengawal retak samalah seperti mencanting.
Potret saya bertajuk “TRANSFORMASI” Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak iaitu Perdana Menteri kita adalah siri pertama saya. Terdapat 16 layers dalam proses pembuatan ini. Mengambil masa 50 jam dengan berpengalaman sejak 1978 sama seperti Perdana Menteri kita memulakan kerjayanya sebagai  Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Tumpuan dari segala sudut harus diambil kira dari awalan pemilihan kain putih. Warna gabungan yang lembut dan keras mesti disatukan. Kalau kurangnya nilai kedua-dua tersebut, bermakna tiada keharmoniannya. Nilaian 16 layers amat sukar untuk saya terjemahkan, seperti juga manusia yang berbilang kaum, sikap, perangai dan bangsa. Layers ini boleh dilihat setelah kain ini direbus. Barulah kita nampak kecantikan atau kecacatan karya ini. Saya perlu merancang rapi setiap titikan lilin dan setiap bacuhan warna. Untuk menyempurnakan warna yang harmoni memang sukar sekali… Saya berbangga dengan Perdana Menteri kita yang dapat mewarna dan mencorak kehidupan kita yang aman dan harmoni sehingga dapat menyatukan Malaysia