Wan Nong Pengasas Batek Lukis
Mengilhamkan
lukisan yang menggunakan lilin dipanggil Batek.
Cara
atau teknik melukis Batek ada 3 jenis:
1.Batek
Aliran 1971 founder Wan Nong
2.Batik
Gurisan 1989 founder shamdesign
3.Batik
Hakisan 2002 founder shamdesign
Sejarah Batik Aliran 1971-1980
Menggunakan
canting atau berus.Kebanyakan pembatik menggunakan kaedah ini kerana ianya
mudah.
Kandungan
lilin(beeswax) 70% rosin(damar pokok) 30% sekarang diganti dengan paraffin wax
petroleum base. Bermula pada tahun 1971, Pengasasnya adalah Allahyarham Wan Nong Ahmad berasal dari Johor Bahru berkelulusan dari England dan bekerja diBatek Malaysia sebagai
Factoty manager sebelum membuka perniagaannya sendiri.
Rumah
kedai 2 tingkat dipuchong tempat pertama Allahyarham memulakan industri batik.Pada
awalnya Azman Ghani,Razak,Md Nor,Hussin,Atan,Wahab.
Azman
pelukis utama dibawah bimbingan Wan Nong
Kaedah
mengunakan ‘Stretcher’ adalah adaptasi dari Kyoto Jepun Individu dari Jepun
Encik Harada untuk melukis Kimono.Bertukar
teknologi Encik Harada berminat tentang penggunaan lilin dan pewarna.Menggantikan
meja pelepah pisang yang telah di raut(meja block).
Cara
membuat Batek pada masa itu lebih kurang sama seperti sekarang ,warna kain dimatikan
(sodium silicate C100,C125,C140 atau soda ash atau steam fix) dua atau tiga
kali, ditutup dua atau tiga kali(2 or 3 layers).
Proses
pertama kain putih akan dilukis mengunakan canting atau berus, motif kupu-kupu,
bunga dan abstrak micro detail seperti pusar kayu kelopak bunga atau ‘fungus’.
Selepas siap dilukis, proses mewarna dimulakan(direct dyes).Pemilihan warna
satu perkara yang penting dan mengancam dalam pembuatan batek,pertemuan antara
warna dipanggil Alpha(gradient). Pastikan corak tiada terputus (aliran) selesai
mewarna kain itu akan dimatikan warnanya selama 24 jam(kedap udara) kain akan
dibasuh dan direntang semula untuk menutup corak tadi mengunakan lilin.Corak
kedua boleh juga ditambah. Selepas ditutup corak tadi barulah boleh kerja
mewarna background diproses. Kebanyakan design crackle(retak terkawal).Pembatek
yang berpengalaman boleh melukis 3 helai kaftan 1hari atau 2 helai kurung atau
4 helai baju lelaki atau 20 helai tudung 24x24inci.
Hoechst Dyes Remazol
ICI Dyes Procion
Sandoz,Ciba Geigy
Kebanyakan background berwarna
gelap, hitam,hijau gelap,perang gelap,biru gelap dan merah hati.Jenis jenis
kain yang digunakan pada masa itu ialah:
SwissVoile 2x2,4x4 kualiti
warna 100%,Baju kurung,Pareo,Kaftan,Blouse dan Baju lelaki.
Ireland cotton(c.Ireland) kualiti warna 100% Kaftan dan Baju lelaki
Poland lawn kualiti warna 100% Kaftan,Baju lelaki dan pareo
Egyptian cotton kualiti
warna 100% Kaftan dan Baju lelaki
Poplin(China) kualiti
warna 80% Baju lelaki dan Sundress
Terelyne kualiti
warna 60% Baju Lelaki
Unitika Voile 1810,4x4(Japan)kualiti warna 100% Scarf,Kaftan dan Pareo
Volitika Voile 1810(India) kualiti warna 80% Scarf dan Pareo.
dan kain jenis Lawn.
Harga dari RM1.00 hingga yang
paling mahal RM6.00 Kain Batek yang seawal teknik ini digemari oleh rakyat Malaysia
pelancong dari Jepun,Italy,Arab dan America.
Sekitar tahun 1978 warna kain
dimatikan 1 kali sahaja. Proses cara begini risikonya tinggi,selalu berlaku
warna background melanggar corak atau termasuk dalam corak.Tahun ini juga
pelukis Batek mula menggunakan warna warna electric blue(procion),hijau pucuk
pisang,shocking pink,turquoise(procion),kuning,chili red(remazol) dan orange
untuk background.
Pada tahun 1979-1982 disebabkan
warna sering melanggar corak, Batek monotone telah ditemui.Caranya dengan
mewarna kain putih itu dengan warna lembut dahulu. Jika tanahnya biru muda maka
warna diikuti ialah 5 atau 6 keluarga biru untuk motif. Cara mewarna
berbeza,corak dan background diwarnakan serentak, jadi harus cepat masa
mewarna..Ianya harus kurang dari 15 minit, jika tidak ia akan bertenggan (macam
peta di bantal). Teknik ini kurang sambutan bagi rakyat Malaysia.
Kebanyakan kain monotone amat digemari oleh pelancong dari England dan America.
Pada tahun yang sama juga, 2 kali
mati warna (double fixing) digunakan dengan cara yang berbeza,warna hitam
digunakan untuk layer pertama background dan motif warna primary digunakan. Dimatikan
selama 4jam kemudian direntang semula untuk diwarnakan lagi dengan warna
selalunya kuning dan merah (bayangkan berapa banyak secondary).
Pembatik dari Kelantan telah
turun ke Kuala Lumpur
untuk melihat sendiri perkembangan Batek. Ada
yang siasat, buat homework, ada yang tidak boleh terima kaedah baru ini. Selain
itu, ada yang buka kilang Batek disini.Bermulalah industri persaingan Batek Aliran.
Pada masa itu Pelukis Batek
adalah dari mereka yang susah nak dapat kerja, tak lulus LCE(srp) atau
sebelumnya,dari pelukis bebas dan graduan UiTM.Nama individu dibawah didikan
Wan Nong ialah Saya sendiri Sham, Azman Ghani ,Salleh Dawam, Md Noor Ghani
Khalid Shamsuddin, Rahman Rani, Mustafa(iTM) dan Jemi(iTM) ramai lagi tapi tak
ingat(kalau ada yang tahu sila komen).Gaji belum kompom RM70.00 dah kompon …. boleh cecah RM400.00 wo (nak tunggu
kompom 6 bulan).Dari semua mereka ini hanya10% yang masih bergiat dibidang ini,90%
tukar bidang kepada gaji tetap dan berpencen dan hanya 3% mendalami seni Batek.
Fakta mungkin panas kot kurang 5 degree dari cuaca diluar. Masa itu tiada
pengaruh corak atau motif dari Indonesia.
Indonesia
tiada teknik ni… Indonesia
guna celup
(dip dyes) Kebanyakan motif
distylise kupu-kupu,Orkid,bunga raya,lily,tulip,bunga pop,bunga talipon,bunga
pijak gajah,bunga ros, bunga lima kelopak dan kerewang kalo tak nampak gambaran
bentuk atau motif emm bolehlah dipanggil Abstract.. entah laa .Kebanyakan
pembatek yang kurang focus sekadar menunggu peluang perkerjaan lain yang lebih
menjamin.Di Kuala Lumpur bengkel
batek dibuka kebanyakan di Stingarden. Pengeluar Batek Kuala Lumpur diera itu ialah Aran,KutangKraft,Anggerik
Villa,Yusman Aman.
Lain pula berlaku di Kelantan
banyak bengkel batek di buka,tepi rumah,belakang rumah dan bawah rumah kebanyakan
peniaga atau businessman….adalah basic sikit pasal batek.Orang kelantan pandai
berniaga,pengeluaran banyak…. Main kodi.Simbolik kata “Nak murah gi
Kelantan”.Citarasa berbeza asalkan Batek. Corak diubahsuai dari Kuala Lumpur .Pengusaha
awal Sariman.